Terkini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, di sini, bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Difahamkan Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.
Sementara itu wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.
Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik.
Ia juga bagi mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.
Menteri kunci mulut
Namun sehingga kini beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.
Muhyiddin dilihat tiba di pekarangan Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 4.40 petang tadi manakala Yang Dipertuan Agong dilihat memasuki istana kira-kira jam 4.30 petang.
Tengah hari tadi Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini.
Sejak jam 3 petang tadi petugas media dilihat berada di hadapan pintu Istana Abdul Aziz Indera Mahkota selepas menerima khabar kedatangan beliau untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, wartawan tidak dapat menemuramah beliau yang dipercayai menaiki kenderaan rasmi kerajaan jenis Honda Accord berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan lain.
Kenderaan rasmi kerajaan berwarna hitam dipercayai membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba sekitar jam 4.40 petang tadi.
Rombongan kenderaan rasmi itu terus memasuki pekarangan istana sebaik tiba disusuli kenderaan rasmi lain dengan kawalan ketat anggota polis.
Panglima Panglima Angkatan Tentera turut mengadap Agong
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.
Turut kelihatan ialah Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali.
Ketika ini pihak media masih menunggu di hadapan pintu masuk istana untuk perkembangan lanjut.
Tentera boleh ambil alih
Kehadiran Tan Sri Affendi sebagai individu penting yang perlu ada ketika pelaksanaan darurat.
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz telan menjelaskan dalam satu artikel AstroAwani tentang kesan umum pengisytiharan darurat.
Antaranya ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.
Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya anc4man kepada keselamatan negara.
Bagaimanapun seperti laporan kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat kali ini adalah bagi menangani penularan COVlD-19.
” Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan COVlD-19,” kata sumber.
Sumber:astroawani dan sinarharian
via 1 MIN READ
0 Comments