PM Belum Pun Umum Apa-Apa, Sekali Mat Sabu Dah Bersuara Dan Ayat Dia Buat Ramai Geram

” Bagi saya yang benar-benar daru.rat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.”

Demikian kata-kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang menempelak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pihak yang sebenar-benarnya sedang “daru.rat”.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika negara gempar dengan kemungkinan pelaksanaan “daru.rat” bagi menangani COVlD-19,

” Beliau dalam keadaan ‘daru.rat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.

” Jika alasannya COVlD-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan daru.rat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kabinet hari ini dilapor bersetuju pelaksanaan daru.rat bagi membendung penularan COVlD-19.

Seorang pemimpin kanan Umno, yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, percaya tindakan itu boleh memakan diri.

Menurutnya, ini mungkin mendorong mereka yang bersikap neural menjauhi kerajaan Perikatan Nasional dan menjadikan Muhyiddin kelihatan lemah.

” Tentunya rakyat akan melihat ini sebagai ‘menggantung demokrasi’ dan bukan menggantung parlimen.

” Ini akan menimbulkan lebih banyak kemarahan kepada Muhyiddin dan mereka yang berpihak kepadanya, ”tambahnya.

Pemimpin Umno itu juga mendakwa ramai menteri tidak tahu mengenai perkara itu sehinggalah pagi tadi.

” Ideanya (untuk isytihar daru.rat) dikemukakan oleh sekelompok kecil individu dan beberapa menteri menyatakan kebimbangan (mengenai akibatnya),” tambahnya.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permintaan tersebut, Muhyiddin tidak perlu membentangkan Belanjawan 2021 untuk undian ahli parlimen pada 17 Nov.

Ini juga akan menggagalkan usaha untuk melakukan undi tidak percaya terhadapnya.

Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas berlakunya peristiwa ‘Langkah Sheraton’ pada Feb lalu, kini berdepan risiko dijatuhkan sebagai perdana menteri.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru, manakala pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bergandingan dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Walaupun Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sokongan Umno kepada Muhyiddin, namun penganalisis politik berpendapat presiden Umno itu tidak mewakili pandangan semua ahli parlimen daripada parti itu.

Terdahulu Muhyiddin tiba di Istana Abdulaziz di Kuantan hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa perdana menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura perdana menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki Perdana Putra ialah kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet dan PAT Affendi Buang.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments