Wendy tetap teruja

KUALA LUMPUR: Sukan SEA 2019 Filipina tetap menjadi kejohanan bermakna buat penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee meskipun ia bukan kali pertama menyertai temasya dwitahunan berkenaan.

Wendy dalam masa sama menegaskan kecederaan yang dihadapi di bahagian bahu dan belakang bukan perkara yang membimbangkan, malah yakin ia mampu diatasi di Filipina nanti.

“Saya sedang menjalani rawatan untuk kecederaan bahu dan belakang. Tapi kecederaan itu bukan kerisauan kerana saya akan bekerja keras untuknya kerana Sukan SEA juga penting untuk saya,” kata Wendy ketika disoal mengenai perkataan ‘penting’ yang dimaksudkannya.

Wendy sebelum ini berdepan episod duka apabila dua pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal wanita individu dan seirama yang dimenangi pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ditarik selepas didapati positif sibutramine serta dikenakan penggantungan lapan bulan.

Disoal mengenai kejohanan seterusnya, Wendy yang sudah meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun menjelaskan selepas Sukan SEA Filipina adalah penutup musim.

“Kemudian baru tumpuan akan diberikan kepada Terjun Siri Dunia ataupun Piala Dunia Terjun untuk kelayakan ke Sukan Olimpik,” kata Wendy yang pernah beraksi dalam dua temasya Olimpik sebelum ini iaitu 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro.



Sumber : Wendy tetap teruja

Post a Comment

0 Comments