Ronnie Liu Disiasat Kes Menghasut Dan Hiina Agong. Sekali NGO Kata Tindakan Polis Tak Masuk Akal

” Siasatan terhadap Ronnie Liu tidak masuk akal dalam konteks undang-undang di Malaysia.

” Juga tidak masuk akal bagi polis untuk mengambil tindakan dan memulakan siasatan berdasarkan hantaran media sosial yang menggambarkan keadaan politik di negara lain,” .

Demikian kata-kata NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pusat Jurnalisme Bebas (CIJ) dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Pengarah Suaram Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif Bersih 2.0 Yap Swee Seng dan Pengarah Eksekutif CIJ Wathshlah G Naidu.

Kenyataan itu susulan siasatan terhadap Adun Sungai Pelek berhubung hantaran di Facebooknya yang disyaki mengandungi unsur h4sutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Liu ditahan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Adun D4P itu disiasat di bawah Akta H4sutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Adalah ‘tidak masuk akal’ bagi polis dan pengadu ‘orang awam’ berkenaan untuk membaca hantaran tersebut dan beranggapan hantaran tersebut dapat ditafsirkan sebagai penghiinaan terhadap sistem beraja di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Mereka selanjutnya menjelaskan Akta H4sutan 1948 sebagai perundangan khusus menangani isu-isu dalam negeri dan tidak melarang sebarang komen atau kritikan terhadap kerajaan asing atau entiti luar negara.

Mereka meminta penjelasan polis mengenai penggunaan Akta H4sutan 1948 yang disebut untuk menangkap dan menahan Liu.

Mereka juga mengulangi seruan supaya Akta H4sutan dimansuhkan.

Dalam hantaran yang dibuat Liu pada dua minggu lalu, beliau berkongsi gambar bantahan di Thailand dengan petikan:

” Now in Bangkok. They are saying no to the king.” (Sekarang di Bangkok. Mereka berkata tidak kepada Raja)

Hantaran itu juga mengandungi teks bahasa Cina bermaksud: “Situasi semasa di Bangkok.”

Hantaran Liu beredar di media sosial, dengan sesetengah pihak bertanya jika Adun itu mahu rakyat Malaysia melakukan hal serupa.

Sementara ity Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, turut disiasat adalah pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghiinaan terhadap YDPA.

Selain itu, pihaknya juga menyiasat Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

” Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghiinaan terhadap YDPA.

” Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tngkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya yang memberitahu semua kes diklasifikasikan mengikut Sksyen 4(1) Akta Hasvtan dan Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments